Friday, May 25, 2012

Wa The dari Malaysia

Assalamualaikum..

Semalam k.long & family pergi ziarah Wa The suami isteri lepas balik dari kerja. Seronok rasanya k.long bila jumpa Wa The..macam dapat lepaskan rindu dekat keluarga di Malaysia.. dah nampak tua sangat dah Wa The.. dapat package yg dikirim oleh Maksit & ayah.. baju kurung utk Jannah, tudung utk safiah, 2 sarung lengan, sehelai kain batik tapi tak berjahit lagi :( , pencarik sayur-sayuran (betul ke tidak namanya) dan beberapa pack serbuk kari.

Malam ni, kami jemput Wa The suami isteri datang ke rumah & tidur dirumah k.long untuk beberapa hari. kesian jugak sebab anak dia kerja malam.. tak de sapa nak temankan dorang plak. Jadi banyaklah aktivi memasak & mungkin kami nak bawak dorang berjalan ke Virginia Ahad ni... InsyaAllah.
Bilalah korang nak datang melawat k.long & family kat sini.. ayah kata lepas dia pergi haji, mungkin dia plan nak datang sini...  tak sabar rasanya!!   :)


Tuesday, May 15, 2012

Hello!!

Assalamualaikum.......

Apa khabar semua? wahhhh... dah lama k.long tak update blog ni. Bulan April cuma sekali je k.long update, teruk betul!! Terima kasih ye Puan Syila sebab mention k.long & family kat blog tu.. sorrylah sebab sibuk sangat.. tak de masa nak update. K.long rindu semua kat Malaysia, selalu teringatkan korang..

 Mertua k.long baru je balik Sabtu lepas.. sepanjang mertua kat sini, sibuklah kami melayan dorang. Bukan setakat tu je, Hidayah plak demam dekat seminggu lebih.. lepas kena 3 injections, terus demam. Tiap-tiap malam menangis sampai dekat subuh baru dia nak tidur balik. kesian kat abang long sebab kena jaga Hidayah sampai surut berat badan abang long, tak cukup tidur. mana taknya, kami berdua dok layan sembang ngan mertua sampai pukul 12 ke 1 pagi, k.long kena bangun pagi pergi kerja & abang long plak tak tidor sebab Hidayah..  Sekarang ni, mertua dah balik, kami rehat puas-puas..

Oklah, k.long update serba sedikit tentang anak2 k.long kat sini.. June 9th ni last day dorang pergi sekolah, lepas tu cuti musim panas.. bukan main seronok lagi dorang.

Safiah dah selesai ngan latihan track & field dia, gambar nanti k.long uploadkan.. sekarang ni dia tak de aktiviti lepas sekolah dah.. bulan Sept ni, dia start high school. Macam tak percaya je.. makin tua lah k.long..

Hazim plak baru habis demam.. cuaca kat sini sekejap panas sekejap hujan/sejuk, tu yang semua demam.
Sejak mertua k.long datang, dia tak pergi ke kelas Tae kwan Do dia.. tak de masa nak bawak dia pergi, kesian dia. Hari khamis ni, kelas dia pergi ke Washington DC.. bukan main excited lagi dia.

Jannah plak, biasalah ngan "kepetahannya".. dia dah ronggak dah. 2 batang gigi atas dah patah & dua batang gigi bawah jugak dah patah.. asyik bergaya dengan cermin mata besar (yg macam mata lalat tu), siap ngan pursenya & suka pakai kasut tumit tinggi k.long (tak tinggi mana pun, asal ada tumit je)..macam sapalah agaknya ye... Hidayah sayang sangat kat jannah tapi kekadang dia buli jugak si Jannah ni, pantang nampak kakak dia tidur je, dia pun baringlah dekat kakak dia lepas tu mulalah kaki dia letak kat atas muka Jannah, tarik rambut Jannah lepas tu dia hempap badan dia atas Jannah... itulah agaknya cara dia sayang kat kakak dia. jannah cool je dia, tak buat apa2 pun.. dia biarkan Hidayah buat semua tu, tapi bila sakit baru dia jerit.. hehehe ..tapi Hidayah ni pandai, lepas dia buli dia cium pipi kakak dia siap ngan "muaahhhh" lagi... cute sangat-sangat!!

Hidayah dah boleh berjalan sejak umur 11 bulan lagi, dah expert dah! Siap nak berlari lagi sekarang ni. Comel sangat tengok dia berjalan.. ayahnya cakap macam penguin! Dia ada 4 batang gigi atas, 4 batang gigi bawah, gigi geraham ada 3 batang dah..Hidayah ni agak garang tau, bila dia nampak k.long marah kakak atau abang dia, dia pun ikut sama marah siap ngan menuding jari lagi tu...dia suka cium muka kita tapi kekadang lepas cium, dia lempang balik muka kita... tak kiralah sapa.. k.long ke, abg long ke jannah ke.. dia nak cium, dia cium, dia nak pukul muka kita, dia pukul je... satu yg paling comel, kita suruh dia buat muka k.long dia, dua muncungkan mulut dia mimik muka k.long dia... sebab safiah selalu muncungkan mulut dia bila nak kiss Hidayah.. sooo cute bila tengoknya!

Itulah saja update k.long buat kali ni.. esok lusa InsyaAllah k.long upload gambar budak2 kat blog ni..


Monday, April 2, 2012

Mertua

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Hidayah dah umur setahun.. sekarang ni dah boleh jalan dah walaupun jatuh banyak kali.. dulu selangkah dua je tapi sekarang ni dah boleh jalan jauh.. tak mau didukung dah dia.. asyik nak berjalan je.. lagilah penat nak mengejar dia ni... tak de buat apa2 special utk dia pun, kami dah tak sambut birthday sebab haram utk umat Islam menyambutnya.. dulu tak tau, dok sambut mcm orang lain gak. Sekarang dah tau, kita tinggalkan aje..  sekadar doa yg boleh k.long & abg long bagi utk dia.. semoga dia membesar menjadi anak yg solehah...

Jannah plak, asyik ingatkan kami dari bulan lepas lagi yg dia dah nak masuk 6 tahun.. minggu depan ni genaplah dia 6 tahun, tapi k.long dah cakap awal2 tak de birthday kek utk dia.. kita tak sambut. Tapi dok gak sibuk bagitau birthday dia dah dekat, apa yg dia tunggu pun tak taulah..

Safiah plak, muka dah berbelang coklat sebab berjemur.. mcm kita dulu gak Abidah, berbelang muka bila bukak tudung sebab panas..  Jumaat lepas, ada pertandingan antara team dia, sangatlah berbangga dia bila dia lari dapat nombor satu, tapi yg kelakarnya cuma ada 3 orang pelari je, yg lain tak tau kenapa tarik diri.. tak pelah, asalkan dia happy sudah.. agaknya dia ada gene dari maknya yg jugak seorang pelari.. hahaha.. sekarang dah tak larat dah!!  Hazim seperti biasa.. sangatlah seronok ngan kelas tae kwan do dia.. kalo sehari tak pergi, memang dia buat muka!

Abang Long sihat je, tak de cerita baru cuma perut makin membesar..
Jumaat ni, mertua k.long datang melawat.. dok sini selama 5 minggu. Jadi bertambah sibuklah k.long..
That it for now.. InsyaAllah update lagi..

Thursday, March 15, 2012

Blog dah bersawang

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog. bak kata orang tu, blog k.long ni dah penuh ngan sawang!!  :)  Sorrylah eh, baru nak kemas sikit2..

Anyways, hari ni tak nak update banyak2. Sekadar nak bagitau perkembangan family k.long di sini. Alhamdulillah, semuanya dah kembali sembuh dari demam. kesian Hidayah, dia yang paling teruk sekali kena sebab immune dalam badan dia tak kuat lagi nak melawan semua kuman2 ni . Yang mula2 sekali demam tu Jannah, dia berjangkit dari kawan sekolah dia. Cuti sehari tak pergi sekolah... baru sembuh & balik ke sekolah, kena plak "pink eye".. nasib baik tak teruk, kena lagi cuti 2 hari.. lepas seminggu lebih dia sembuh, Hidayah plak demam & start gosok2 mata dia.. k.long tak tau pun dia sakit mata.. esok paginya, mata dia penuh ngan tahi mata & dah merah dah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah Hidayah dah sembuh. Sedih sangat bila tengok anak2 demam, kalau boleh biarlah kita yg demam & tanggung semua sakitnya. Memang termakbul doa sebab lepas tu k.long & abg long demam!!

Sejak sebulan dua ni, kami sekeluarga sibuk sangat... jadual padat! Safiah dah start dengan latihan olahraga & Hazim plak dengan kelas Tae Kwan Do... k.long kena pergi jemput Safiah dekat sekolah lepas kerja, sampai rumah bersiap2 lepas tu hantar Hazim ke kelas Tae Kwan Do. Kena bawak sekali Jannah & Hidayah, kekadang kami kena tunggu dalam van atau pergi beli grocery sementara tunggu kelas Hazim tamat...Abg Long plak, kena tunggu k.long & Safiah balik dulu baru boleh keluar ajar memandu..

Begitulah jadual kami hari2 kecuali hari Ahad.. Ahad dok rumah tapi ada je benda yg kena buat! kemas rumahlah, masaklah..penat memang penat tapi k.long suka.. tak delah terasa buang masa. Setakat ni dulu, InsyaAllah, lain kali update lagi...  

Thursday, December 22, 2011

Anak-anak saudara korang

Assalamualaikum...

Dah lama tak update tentang anak-anak, jadi upate kali ni nak bagitau perkembangan mereka.
Alhamdulillah, mereka semua sihat dan semakin membesar. Safiah sekarang dah semakin tinggi ( dah tinggi dari maknya), Hazim plak semakin berisi..selera makan dia makin tambah, Jannah seperti biasa banyak celoteh... ada-ada je subjek dia nak cakap & benda dia nak tanya dan Hidayah plak makin besar.. tup..tup dah dekat 9 bulan. lagi beberapa bulan genap setahun umur dia. Hidayah dah ada 2 gigi bawah & gigi atas pun dah nak tumbuh... dah boleh panggil "mak...mama.", mom (bila nak susu) dan suka menjerit. kalau sesapa jerit kat dia, dia jerit balik dengan lebih kuat... hahaha

2 minggu lepas, kami sekeluarga ke sekolah Jannah, kindergarden buat persembahan dan aktiviti sepetang dengan cikgu2 dan anak2. Bukan main seronok lagi bila semua ke sekolah & support dia. Sama macam k.long dulu jugak, bila ayah datang tengok k.long masa sukan & penyampaian hadiah..rasa seronok sangat!
Semangat untuk berlari (walaupun tak menang) berkobar-kobar dan rasa bangga bila ayah kita duduk didepan tengok kita dapat hadiah... sebab itulah, pentingnya ibubapa support anak2 dalam pelajaran supaya mereka lebih bersemangat utk belajar.

Cikgu Jannah datang jumpa k.long bagitau Jannah murid yang pertama dalam kelas dia dapat masuk ke kelab 100 sebab dia dah boleh bilang sampai 100.. senyum je dia bila dengar cikgu dia puji... Alhamdulillah.
Hazim plak dapat 2 Gold award sebab menunjukkan sikap yg positif dan selalu tolong di sekolah. Dia juga terpilih sebagai Student of the Month bulan lepas dan dapat masuk TV disekolah dia. Jannah plak dapat 1 Gold award bulan lepas.

Safiah plak selalu sibuk dengan homework. Setiap hari ada homework dan test...dia buat semua homework dia sendiri cuma sekali sekala je minta k.long tolong kalau dia ada projek atau kelas presentation. baru-baru ni, Safiah menyertai Science fair disekolah dia... tak sangka group dia dapat tempat kedua.. projek dorang tentang perubahan warna pada air bila dimasukkan sesuatu objek..
Gambar kat bawah ni masa kat science fair dia...












Saturday, November 26, 2011

..............

Assalamualaikum.........


Kan lebih bagus berterus terang daripada dipendam dalam hati????
Lama-lama memakan hati sendiri. Haih.. ada-ada je yg tak kena.

Friday, November 4, 2011

Story of 5 Monkeys...

Assalamualaikum...

Luangkan sedikit masa untuk mendengar ceramah ni.. di akhir ceramah, dengarkan cerita tentang seorang ayah & anaknya.. sangat terkesan dihati K.long.. bersykur kepada Allah kerana kita sempurna fizikal & mental tetapi semoga hati kita juga sempurna sepenuhnya..