Thursday, December 31, 2009

Yang terakhir...

Assalamualaikum..

Ini entri terakhir kak long ye.... lepas ni tak de dah ...korang pun dah boring agaknya nak baca blog kak long ni.. kekadang kak long tak tahu nak sembang pasal apa..... dah lah sekarang ni ada free call ke Malaysia ..kalo ada apa-apa cerita semua dah tahu dah.. mana nak cerita lagi kat dalam blog ni kan....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Acah jelah... tapi memang betullah entri ni entri terakhir untuk tahun 2009.... esok dah nak masuk tahun baru... apa azam kome untuk tahun 2010????? Kak long tak de azam apa-apa....tiap -tiap tahun memang tak de azam.. dulu masa zaman sekolah, sibuklah cikgu-cikgu semua tanya apa azam untuk tahun baru..mulalah sorang-sorang bagitau..ada yang berazam nak rajin belajar, jadi anak yang baik, jadi adik yang baik, nak posa penuh tahun ni dan macam-macam lagi.....tapi azam je... tak pernahnya berubah..sama jugak!!!!

Korang pergi celebrate new year kat mana??? Teluk Intan ada fire work ke?????


Tuesday, December 29, 2009

Sihat?????

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?? Sihat? Ke ada yang masih "ehem..ehem" lagi?????? Takkan lah masih lagi kot???
Kan kak ngah ada cakap, sekarang ni memang banyak dugaan yang korang kena tempoh sebelum sampai hari yang ditunggu-tunggu tu, jadi kita kenalah bersabar banyak-banyak sikit... tak sangkalah plak ada orang tu kuat jugak merajuk ye... ish..ish..ish.. dulu tak de pun....apa cerita??????

Korang ni tak tahu lagi yang kak long ni paling kuat merajuk.. kalo tak caya, tanya kak ngah.. korang tengah merajuk sekarang ni... karang tak pasal-pasal kena pujuk kak long balik kang...lagiiiiii susah!

Hari ni kami bawak budak-budak jalan ke Mall... dah 3-4 hari ni tak keluar rumah sebab sejuk sangat..asyik salji lepas tu hujan turun je..malas nak pergi mana-mana..hari ni pun sejuk jugak tapi ada matahari..
Jalan-jalan ke Mall beli beberapa barang..ramai remaja kat Mall tu hari ni sebab sekolah masih cuti lagi.

Tu jelah nak cerita hari ni..

Friday, December 25, 2009

Mari Belajar Agama - Amalan sunat Bulan Muharram...

Assalamualaikum..
 Mungkin kak long postkan entri sempena bulan Muharram ni agak lewat tapi apa-apa pun kita masih didalam bulan Muharram untuk bulan ini...mari sama-sama kita baca dan belajar serta amalkan amalan-amalan sunat... kat dunia nilah kita berkesempatan mengumpul sebanyak mungkin amal supaya kita bawak ke akhirat kelak...

Muharram..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1.Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2.Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3.Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X

4.Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Thursday, December 24, 2009

Nasihat lagi....

Assalamualaikum..

Innalillahi wa inna ilaihirojiun.... Pertama sekali kak long nak ucapkan takziah kepada keluarga arwah Benyamin.. semalam masa kak long bersembang ngan kak ngah dia bagitau pasal kemalangan maut yang meragut nyawa arwah Benyamin, isteri dan anaknya yang berusia 9 bulan.. .

Terkejut jugak kak long memula bila dengar berita ni dan tak pasti sama ada betol atau tidak cerita ni...
lepas tu kak ngah kata, kemalangan tu masuk surat khabar baru kak long percaya.. berita tu boleh dibaca kat sini...

Kak long kenal arwah sejak kecik lagi.. malah kami satu kelas masa tingkatan satu dan dua..dia ni pendiam orangnya dan baik tapi kak long tak berapa rapat sangat dengan dia. Dulu selalu kerumah dia sebab mak dia pandai jahit, jadi selalu bawak baju untuk dijahit.. dari baju raya ke baju kahwin kak long semua mak dia yang jahit...kali terakhir kak long dengar pasal dia 2 tahun lepas pasal kahwin dia..

Tak sangka dia dan keluarga dia pergi serentak..tapi itulah dah sampai ajal dia..yang kita ni je tak tahu bila,  dimana dan bagaimana kita mati kelak.. oleh itu banyakkan sikit beramal..korang kalo bawak kereta tu tolonglah hati-hati sikit.. yang rabun tu pakailah cermin mata (walaupun tak mengaku diri tu rabun!!) bila memandu..jangan kira nak hensem je, sapa nak tengok dalam kereta???? Yang selalu bawak laju-laju tu, perlahankan sikit..jangan nak rempit-rempit.

Walaupun orang lain yang lalai dan penyebabnya, kita mesti jugak kena berhati-hati.....
Zul, kalo jadi balik minggu depan, bawak elok-elok..awak tu bawak anak orang sekali, ingat tu.....
Hafiz plak, tolong pandu dengan perlahan-lahan ye..Azhar pun sama jugak.... dan Ayu, kalo balik kampung, bawak elok-elok kereta tu....

Habis bab nasihat dah...malam tadi kak long test phone line kak long ni.. apa lagi call kak ngah, bergayutlah dengan dia dari pukol 9:30 mlm kat US ni sampailah ke pukol 1 pagi... memang banyak cerita, sempat jugak sembang ngan ayah sekali... line dia lebih clear tapi ada jugak terputus.. lepas tu kena call balik. Tak pelah asalkan FREEEEEEEEE.............. Tadi baru lepas bersembang ngan Zul.. memang puaslah bercakap.. malam nanti nak kaco Apek ngan Azhar plak... hehehe. Abang Long mesti panas telinga dengar kak long asyik bersembang je... biarlah, dah free call kan????? 

Wednesday, December 23, 2009

Seronoknya!!!!!!

Assalamualaikum...

Yay!!! hari ni seronok sangat sebab kak long baru selesai set up "Vonage" system... apa dia Vonage ni?? Vonage ni telefon company yang kak long baru daftar sebagai pelanggan ..haa..tapi kenapa kak long seronok sangat?? Sebab, company ni baru senaraikan negara Malaysia kepada international line dia... dah tu apa kena mengena kak long ecxited sangat??? Sebab kak long boleh telefon Malaysia bila-bila masa sahaja secara PERCUMA!!!!!!!!

Dulu bila nak telefon, kena beli kad $5 ..dapat cakap 1 jam je walaupun dia kata boleh cakap sampai 2 jam..tengah cakap2 terputus plak, tak puas bersembang pun...
Setakat ni dah ada 60 negara yang kita boleh telefon secara free.... kak long tak tahu pasal ni tapi terbaca dalam blog sorang kakak ni yang dok kat US jugak..tu yang kak long searched dalam website..memang betol. Apa lagi kak long pun signed up jadi customer dorang dari minggu lepas tapi baru dapat package dia hari ni.. nak guna line ni mesti ada internet dan yang bestnya kak long tak payah bayar bill pada bulan pertama.... wah..wah..wah..seronok betol kak long..bolehlah kak long telefon kacau kome bila-bila masa saje ..dah lah kak long dok rumah sepanjang masa...bergayut jelah nampaknya..hehehehe .. tak tahu siapa akan jadi mangsa pertama kak long ni.. sekarang kat sini baru pukol 4:18 petang, kat Malaysia baru pukol 5 suboh.. kita tunggu dan lihat sapa angkat tepon dia nohhh.....oh ye, ni nombor telefon baru rumah kak long ..717-609-4148..kalo nak telefon cellphone pun boleh jugak..nombor tak tukar..

Hari ni bebudak dah start bercuti sampailah Jan 4th baru masuk sekolah balik.. pepagi lagi dah riuh rumah ni.. lepas makan sarapan, abang long keluar mengajar sampai sekarang tak balik lagi .. kesian dia, tak makan tengah hari lagi.. kak long dah masak sup tulang dah.. sejuk2 macam ni memang berselera makan..
Lepas sembahyang Zuhor, dorang keluar main salji lagi.. salji masih ada lagi sampai ke hari ni..tak cair-cair lagi..

Tu je cerita hari ni...

Tuesday, December 22, 2009

Kopi ...



Assalamualaikum...

Korang suka minum kopi tak? Kak long memang gemarkan kopi ni and my favourite!!..tak kisahlah kopi panas atau yang sejuk. Boleh dikatakan kak long ni addicted to coffee..tak minum satu cawan tak sah walaupun bulan puasa, kekadang tu kak long bangun makan sahur lepas tu minum kopi satu cawan...masa bukak puasa secawan lagi... tapi kak long jarang minum kopi hitam..kak long suka tambah cream atau susu..

Kak long mula minum kopi ni sejak zaman sekolah menengah lagi, dulu suka minum nescafe dengan air batu...Dulu masa pergi kerja mesti ada satu cup coffee..kekadang tu 2 cups kalo musim sejuk...lepas minum, mata kak long jadi luas dan baru ada semangat nak kerja, masa bulan puasa tu, tak de kopi..Allah... malas dan mengantuk sesangat nak kerja.... sekarang tak kerja lagi tapi setiap pagi mesti ada segelas.

Kekadang tu bila berjalan jauh, kak long dan abang long suka beli coffee letak dlm keta..sambil sembang sambil minum..hehehe.. yang kak long suka ialah Caramel Frappucino dari Starbuck Coffee.. bebudak pun suka gak..kekadang tu kalo dah sampai gian nak minum kopi vietnam..kami pergi ke Virginia yang jauhnya 3 jam bawak kereta semata-mata hanya segelas kopi.. tu namanya tak de kerja!!!!  

Ada orang tak suka coffee, dia suka teh atau minuman lain. Korang suka minum apa?
Ada pendapat yang kata kalo kita minum kopi, dapat mencengah dari penyakit Alzheimer dan Dementia serta dapat menguatkan daya ingatan seseorang.. tapi tak pasti sangat sebab kak long tak rasa pun daya ingatan kak long kuat..rasanya korang lagi baik dari kak long ni haa....

Haa... kat bawah ni adalah khasiat kopi dan teh..kak long dapat maklumat ni dari sini
Tak tahulah betol ke tidak semua ni tapi yang kak long tahu ialah uncang teh boleh menyegarkan mata yang letih...

Rambut bersinar dengan kopi
Bancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar. Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut anda pasti berkilau.

Kopi singkir selulit
Jika anda ke farmasi dan mencari krim selulit, cuba baca bahan yang terdapat di dalamnya. Satu daripadanya ialah kopi. Lepas ini anda boleh buat sendiri krim selulit dan gunakan dua kali seminggu.
Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi dengan air panas yang dicampur satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.

Buang sel kulit mati dengan kopi
Buang sel kulit mati dan dalam masa sama kurangkan pori-pori yang terbuka. Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur. Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika kulit anda jenis kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran anda.

Mata segar dengan teh
Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata anda serta-merta.

Teh melegakan kaki yang penat
Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.

Teh sebagai rawatan wajah
Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif.
Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.

Teh melegakan luka
Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.

Kulit kepala sihat dengan teh
Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.

Monday, December 21, 2009

Lagi 5 bulan lebih......

Assalamualaikum...

Korang tengok kat "countdown ticker" tu.. ada lagi 5 bulan 2 minggu dan 5 hari lagi saje tau.. kak long dah tukar tarikhnya kepada 6/9/2010 InsyaAllah untuk balik Malaysia..... dulu kak long letak 6/20/2010 sebab tak berapa pasti lagi.... sekarang ni pun belum pasti jugak selagi tak beli tiket tapi itulah plannya sekarang ni..

Apa-apa pun tak sabar rasanya kak long nak balik!!!!!!!   RINDU serindunya.....moga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki agar kita dapat jumpa tahun depan...

Sunday, December 20, 2009

Pergi kenduri

Assalamualaikum...

Pagi tadi kak long dan abang long bersihkan snow di perkarangan rumah...mak aaihh, penat macam nak patah tulang ni...hehehe tak delah sampai nak patah tulang..saje je nak buat gempak sikit... tapi memang penat..hari ni tak sakit badan lagi, tunggulah esok lusa baru terasa badan ni sakit2.. yelah dah "rajin" sangat exercisenya....

Memula tu, abang long je yang keluar nak bersihkan salji ni semua, kak long tengok dari dalam rumah je.. lepas tu dia lambai suruh kak long keluar.. memang malas kak long nak keluar tambah-tambah sejukkkk, tapi nak buat camna, tengok muka abang long dah penat sangat dah, dah tak tahan dia..kesian plak kak long tengok..naik atas salin baju terus keluar tolong abang long. Lama jugak baru selesai, abang long ni nak jadi jiran yang baik, dia pergi bersihkan bagi jiran sebelah plak. Tak pelah dia dapat pahala...

Tengah hari, kami pergi ke surau untuk kenduri cukur rambut anak Rindah...Rindah ni anak sedara kepada Wa Sou Ya... sepupu kepada Amirah dan Hakim... dia dapat anak perempuan..ni anak ketiga, yang pertama dan kedua tu anak lelaki....dia masak nasi minyak kambing, jeruk acar, kari ayam, roti, kuih-muih dan buah buahan.. sorry tak de gambar nak tunjuk tapi anak dia comel sangat..nama babynya Layla..

Tu je story hari ni... sorry tak de gambar...

Saturday, December 19, 2009

Main salji

Assalamualaikum...

Kat sini salji turun dari malam semalam lagi..sampai sekarang dah pukol 6:30 petang masih lagi turun..
kat luar tu dah penuh dah salji. Tengah hari tadi Safiah, Hazim dan Jannah keluar main salji..kak long dan abang long tengok dorang dari dalam rumah je.. memang malas nak keluar.

Hari ni abang long tak dapat mengajar dan tak boleh nak hantar student dia ambik test sebab saljinya turun dah lepas takat buku lali dah.. depa ramalkan salji ni turun sampai pagi esok. Jenuhlah nak cangkul salji ni esok. Kat sini bulan panas, sibuk potong rumput..kalo tak potong kena saman dek bandaraya..lepas tu bulan salji kena bersihkan salji kat laluan jalan kaki depan rumah kita, kalo tak kena saman jugak.

Dulu, 2 tahun lepas abang long tak leh nak bersihkan salji kat driveway rumah sebab dia sakit, kak long pun tak larat..cadangnya nak tunggu esok je bersihkan tapi dorang dah hantar warning dulu dah.. kalo tak bersihkan jugak kena bayar denda...sebenarnya, tuan rumah kat US ni semua takot kena saman kalo ada orang jatuh kat depan driveway dia walaupun bukan salah depa..tapi orang yang jatuh ni cakap tuan rumah tak bersihkan driveway dorang dan ini bahaya untuk penjalan kaki..macam2.. kalo dah tak de jalan lain nak cari duit, nilah jalan yang senang..

dorang main salji dekat sejam lah jugak.. masuk, lepas tu mandi, sembahyang asar dan makan.. kak long masak sambal ikan bilis dan sau mang.. untuk desertnya plak, anak dara kak long buatkan brownie..dia belajar buat kat sekolah dia..alah macam kita kan ada subjek Kemahiran Hidup dulu..dulu kelas kak long masak kari ikan..memang sedaplah..brownie dia ok lah jugak

Ok, jom tengok gambar anak-anak kak long main salji... seronok betol dorang ni...




Jannah jelir lidah dia ni sebab dia nak rasa salji ni.. hehehe















Ni main tidor-tidor kat snow plak


Lepas tu, mak depa lah yang kena kemas semua ni...adoiiii...



Tengoklah salji tu dah penug dah..dah tutup keta tu..


Ni gambar kat beranda belakang rumah..


Kat belakang rumah




Friday, December 18, 2009

Mari Belajar Agama - Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib

Assalamualaikum..

Hari ni kita baca tentang Yakjuj dan Makjuj  ni.. mungkin ramai yang tak tahu apa dia Yakjuj dan makjuj..
Jom kita baca....

Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib ~ Oleh Nasron Sira Rahim


DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.


Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!


Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia. Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.


Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS. Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.


“Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya.


Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.


“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.


“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.”


Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”


Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.


“Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.


Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya.


Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.


“Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya. Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”


FAKTA
Yakjuj dan Makjuj


Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering.

Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah.

Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

Shopping

Assalamualaikum...

Semalam kak long, abang long dan Jannah pergi shopping.. Safiah dan Hazim masih kat sekolah lagi. Kak long tak beli apa-apa untuk kak long, tak sangka yang kak long boleh tahan nafsu shopping ni... adalah jugak tengok beberapa barang, tengok lepas tu letak balik lepas tengok lagi last2 tak jadi beli..Alhamdulillah..jimat sikit duit..sejak tak kerja ni, tak banyak barang yang kak long nak pun..dulu tu adalah nak beli baju, seluar dan macam2 lagi sebab kerja kat office ni takkan nak pakai baju yang sama je kan.. tukar lah jugak.

Kami keluar semalam sebab banyak sale sebelum Christmas ni.. kami kena start beli barang dari sekarang ni kalo tidak..haru nak beli nanti.. sekarang dah ada 3 barang yang kak long beli...... yang lelain tu kak long beli sedikit demi sedikit.. lama2 semuanya dah cukup...

Memang ramai orang pergi shopping semalam  ..mungkin dorang nak shopping last minit sebelum holiday dorang minggu depan..yang kak long perasanlah kan, ramai yang beli gift card untuk dihadiahkan daripada beli barang tu sendiri..yelah senang jugak sebab kita tak tahu citarasa orang..kalo beli gift card ni, bolehlah dorang beli sendiri apa yang dorang nak kan??

Abidah, pesanan awak kak long dah beli semalam .. 

Ni dia yang dapat kak long beli semalam..



Saje letak gambar Jannah dalam ni... sekarang Minnie Mouse dia dah rupa Clown dah sebab dia "mekapkan" dengan pencil warna...




P/S: kat Malaysia, game Wii berapa ye harganya??? kat sini lebih kurang USD199 ..tu pun sale.. dulu kak long beli dekat US200 lebih..

Monday, December 14, 2009

Alhamdulillah.....

Assalamualaikum...

Mula-mula sekali kak long nak ucap ALHAMDULILLAH.... syukur kepada Allah sebab semuanya dah selesai.. kepada semua yang terlibat tu tak kiralah secara langsung atau tak langsung, sama ada dari segi masa, kewangan dan jugak sokongan, kak long nak ucapkan ribuan terima kasih..

Masalahnya belum selesai sepenuhnnya lagi tapi Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Kak long salah faham sikit tentang isu ni sebab kak long ingatkan "dia" terlibat secara langsung dalam kes ni tapi rupanya tak... kalo memang dia buat benda ni, kak long tak boleh nak kata apa...tak lena kak long tidor malam tadi sebab fikirkan kes ni.. macam tidor2 ayam.. kejap2 tengok cellphone takot ada sms masuk sampailah ke pukol 6:30 pagi kat sini baru kak long dapat berita.....

"Dia" cuma tak bernasib baik...unfortunate for him to be there at the wrong time and at the wrong place...tapi apa pun kak long harap dia masih ambik iktibar dan pengajaran dari semua ni.. 

Nasihat kak long kepada semua adik2 dan jugak untuk ingatkan diri kak long sendiri, berfikir dulu sebelum buat apa2. Jangan nak ingat seronok saje tapi kena ingat jugak akibatnya kelak kepada diri sendiri dan jugak keluarga kita ...

Saturday, December 12, 2009

Berita di Pagi Sabtu

Assalamualaikum..

Pagi tadi kak long dapat SMS dari kak ngah dengan berita yang tidak menyenangkan.. bila kak long dapat berita ni membuatkan pagi Sabtu kak long tak ceria seperti selalu.. hati kak long bercampur baur..ada rasa marah, geram, susah hati, sedih dan bersyukur.

Rasa marah, geram dan susah hati tu dah semestinya dan bukan kak long sorang je yang rasa macam tu tapi keluarga di Malaysia jugak mesti ada perasaan yang sama terutama sekali AYAH.. kak long rasa sedih sebab tak dapat nak tolong dan "dia" yang kak long rasa bangga sebab ada pekerjaan yang tetap, tahu jaga diri dan "dia" yang kak long kira sudah matang dalam semua perkara boleh terlibat dalam benda yang kak long tak pernah bayangkan...

Tapi apa pun kak long bersyukur kerana tidak melibatkan nyawa dalam hal ni walaupun kemungkinan besar itu ada.. tidak ada perkara yang lebih berat dan buruk selain daripada "MAUT" yang menakutkan kak long. Kak long percaya bahawa ajal dan maut itu ditangan Allah dan Alhamdulillah ajal "dia" belum sampai.

Mungkin ada rahmat di sebalik semua ini..InsyaAllah dan kak long harap dengan apa yang berlaku ini boleh menyedarkan "dia" dan belajar dari apa yang berlaku ini untuk perbaiki diri untuk masa hadapan. Sedarlah, usia kita ini sudah semakin meningkat, jangan lagi buat perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah buat kita dan jugak keluarga kita.. dunia ni hanya sementara saja, Akhirat lah yang kekal..jadi jangan cari keseronokan didunia ni saja..ingat Akhirat jugak. dan yang penting, jangan susahkan hati AYAH lagi..
Bersyukurlah sebab ada lagi ahli keluarga yang sanggup tolong.. buang masa dan duit semata-mata untuk kita.

Itu saja nasihat kak long.. yang lebihnya fikirlah sendiri.

Friday, December 11, 2009

Mari Belajar Agama- Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau

Assalamualaikum...

Sempena hari Jumaat ni, kita hayati satu lagi kisah teladan daripada Rasulullah SAW..sama-sama kita contohi sikap baginda..

Rasulullah S.A.W Dgn Sebiji Limau

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika
itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji
buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa
terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.


Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan
senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun
kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis
semua limau itu.


Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima
kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW
itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'tahukan
kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali
pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara
kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya
bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu saya habiskan semuanya'.

Begitulah akhlak rasullullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang
bukan islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.
Mengapa? sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlah mulia rasullah SAW.

Thursday, December 10, 2009

Salji turun lagi....

Assalamualaikum..

Semalam salji turun lebat sangat.. dari malam sampailah ke pagi esoknya.. sekolah Safiah dan Hazim delay 2 jam jadi sekolah Safiah start pukol 9:30 pagi dan Hazim pukol  10:30 pagi.. biasanya kalo salji turun banyak sangat, kekadang sekolah tu bukak lewat 2 jam atau tutup terus..

Kak long sempat snap beberapa keping gambar untuk korang tengok..

Kat depan rumah..


kat belakang beranda


Truck ni datang untuk bersihkan salji kat jalan raya..


Hazim tolong ayah dia bersihkan jalan sebelum pergi ke sekolah


Safiah ready to go to school


Abang long temankan Safiah tunggu ke bus stop


Giliran Hazim plak


Jiran depan tengah bersihkan driveway dia


Rumput pun dah dilitupi salji


Gambar ni 2-3 hari lepas masa 1st time salji turun hari tu...


Monday, December 7, 2009

Just my though...

Assalamualaikum..

Hari ni sejuk sangatttttttttttt!!!!!!!!!!!!!! Kak long memang  lemahlah bab sejuk2 ni semua..kak long lebih sesuai dok kat negara panaslah..nak balik Malaysia dok kat sana terus!!!!! dulu memang nak sangat tengok salji ni semua tapi sekarang ni tak best dah..susah sangat kalo kita nak keluar rumah.. bukan susah apa pun tapi rasa malas.. nak keluar kena pakai baju tebal2 lepas tu berlapis-lapis..

Tapi kak long suka musim bunga.. cantik sangat terutama sekali bila pergi ke Washington D.C tengok bunga sakura, kalo kat sini panggil cherry blossom yang baru nak kembang..memang cantik. InsyaALlah kalo kak long pegi kak long tangkap gambar banyak2 bagi korang tengok eh..

Hari ni kerja kak long ialah download lagu-lagu nasyid.. kak long & Hazim memang minat dengan lagu- nasyid ni.. memang best!! Tambah2 nasyid dari Ahmad Bukhatir..cuba korang dengar nasyid dia terutama lagu ni http://www.youtube.com/watch?v=AcoLOLleLpo... baca translation dia membuatkan kita sedar yang mati tu semestinya untuk semua manusia cuma kita tak tahu bila dan dimana saja..

Lagu2 nasyid ni membuatkan kak long terasa lebih dekat dengan Allah dan kekadang tu terharu ada, takut pun ada sebab banyak buat dosa dan kekadang tu terasa bersemangat plak untuk beribadah dan yang penting..bangga dan bersyukur sebab kak long lahir sebagai seorang Islam! Kalo tak, tak tahulah kak long akan terpilih atau tidak sebagai salah seorang yang akan mendapat hidayah daripada Allah untuk memeluk Islam .. Sekarang ni kak long masih lagi 50-50 fikir sekiranya kak long nak pakai jubah sepenuhnya atau tidak.. sekarang  ni kak long masih lagi pakai jeans dan seluar bila keluar dan kekadang tu kak long cuba jugak pakai jubah bila ke Mall.. nak pakai jubah tu tak de masalah tapi kekadang tu keadaan sekeliling yang tak sesuai..

Kak long memang respect orang perempuan kat US ni yang pakai jubah dan purdah full time...kak long perasan yang kebanyakannya wanita yang memeluk Islam..dorang ni memang sungguh bertuah sebab Allah kurniakan Iman yang kuat untuk mereka.. kalo lah kak long ada Iman sekuat mereka, Alhamdulillah... setiap kali kak long tekad nak pakai jubah..ada je hasutan.. nampak baju blaus tu cantik, seluar tu cantik..nak beli.. tak salah kalo kita pakai apa pun asalkan kita tutup aurat dan kak long tahu setiap orang ada pendapat masing2 kan.

Tapi kak long rasalah kan kak long ni memang dah patut ubah imej sikit sebab kak long dah ada anak dara dah.. mana tak sedarnya, setiap kali keluar, kak long pakai jeans dan blaus atau kemeja lengan panjang, abang long akan remindkan kak long "mak dan anak nampak macam adik beradik plak" sebab Safiah pun pakai style yang sama macam kak long.. tu bukannya compliment tapi bagi kak long rasa macam "perli" plak..hehehe bertambah sedar yang kak long bukan lagi 17 atau 18 tahun tapi dah 30 tahun dah..

InsyaAllah satu hari mesti kak long pakai jubah dan harap2 very soon and hopefully it not too late for me...mana lah tahu kak long pergi dulu sebelum sempat tunaikan hajat ni.. nak seribu daya tak nak seribu dalih..betul tak???

Saturday, December 5, 2009

Let it snow...





Assalamualaikum........

Let it snow..let it snow..let it snow.. Wohoo....hari ni 1st day of snow kat tempat kak long.. salji turun dari pagi tadi dah..mula2 tak lebat sangat tapi tengah hari ni agak lebat jugak lah sampai sekarang masih lagi turun.. Safiah, Hazim dan Jannah dah bersiap nak keluar main snow..
Tahun ni salji turun agak lambat berbanding tahun2 lepas..biasanya bulan November tu dah ada salji dah tapi tahun ni bulan December baru ada..orang putih seronoklah sebab dorang ni kalo Christmas tak snow memang tak bestlah..

Tapi kesian kat student abang long..hari ni 3 orang pergi test tapi sorang je yang lulus..2 orang lagi gagal.. memang susah sikit bawak kereta masa salji ni...abang long memang dah risau dah dari 2-3 hari lepas bila dia dengar ramalan kat Tv yang salji akan turun hari Sabtu ni..tapi nak buat camna dah tak de rezeki. Minggu depan ada sorang lagi test dan minggu yang akan datang pun ada sorang lagi...yang 2 orang tu kena ambik schedule test baliklah tapi kena tunggu sampai bulan 1 baru dapat sebab bulan 12 ni dah penuh...

Tu dulu ye setakat ni.. zul jangan lupa ambik gambar rumah lepas dah siap pindah semua ye..

Friday, December 4, 2009

Mari Belajar Agama- Kitakah Orang Itu?

Assalamualaikum..


Minggu lepas kak long tak de entri untuk kisah agama.. minggu ni kak long postkan entri ni untuk peringatan kepada kita semua InsyaAllah......


Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

Luahan rasa

Assalamualaikum..

Huh..baru habis tengok 2 cerita princess dari pagi tadi ngan Jannah..lepas Sleeping Beauty tengok Snow White plak. Ni boleh update blog ni sebab buat deal dengan dia..kalo tak memang tak boleh langsung lah..
Ntah kenapa baru2 ni Jannah suka tengok cerita Princess ni semua..dulu suka tengok Mickey Mouse Club House, Dora, Kai Lan..sekarang ni dah tak layan dah...kalo camni, kak long tak bolehlah nak guna laptop selalu...

Apa cerita korang semua?? Zul dah pindah ke belum? Apasal kak long tepon tak angkat?? Biasa ko tidor kol berapa? Kol 10 malam dah tidor ke?? Apek mana lah hilang dia ni.. diam je. Tak nampak dia jengok blog kak long dah sekarang ni. Bulan ni dah masuk akhir tahun 2009 dah.. cepat betol masa berlalu ye...bulan depan dah 2010... Tahun ni banyak cerita & pengalaman suka duka family kak long tapi apa pun Alhamdulillah lebih baik dari tahun 2007 & 2008 yang lebih banyak duka dari suka nya.. kak long tak nak cerita lah dalam blog ni..InsyaAllah tahun depan harap2 semuanya baik belaka buat keluarga kak long mahupun adik2 dan family2 semua kat Malaysia, dimurahkan rezeki, sihat walafiat dan bahagia selalu..

Semenjak kak long datang ke sini.. kak long banyak belajar dari pengalaman ..kebanyakannya yang pahit tapi pahit tulah yang kak long ambik untuk dijadikan iktibar dan jadikan diri kak long ni tabah, sabar yang teramat sangat dan belajar untuk yakinkan diri untuk hidup di sini tanpa keluarga sendiri.. korang tahulah kan kak long ni manalah pernah pergi jauh atau dok jauh dari mak & ayah..kalo jauh pun cuma pergi rombongan sekolah selama 2 hari dan pergi Parit Buntar dengan Kak ngah beberapa hari ....mak pernah makan garam dulu dari kita dan dia tak nak anak2 dia ikut sama....

Tapi Alhamdulillah, kak long dapat sesuaikan diri walaupun pada mula2nya memang kak long nak balik Malaysia terus.. nangis tiap2 hari..arwah mak pernah cakap kat kak long yang keluarga mertua tak sama seperti keluarga sendiri..mulanya kak long tak dengar sangat cakap mak ni.. yelah, manusia ni kalo tak tinggal sama maka kita tak tahu hati budi sebenarnya... makin lama makin kak long rasa yang cakap mak tu betol sangat. Sekarang ni pun sama jugak keadaannya, tak beza cuma kak long lebih bersikap "matang" dan tak kisah.

Tapi bukan semua keluarga mertua yang begitu..kak long tengok ramai jugak mertua yang betol2 sporting.. tak de masalah langsung..kita ni manusia, bila bercakap tu mesti ada yang terasa..sedangkan lidah lagi tergigit kan.. kak long harap jangan ada yang ambik hati ye..ini cuma luahan rasa kak long saja..kekadang tu, dada ni rasa sesak sangat bila kita ada benda yang sakitkan hati kita tapi tak boleh nak luahkan..kalo makin banyak tu boleh sakit jiwa tau..

Entah kenapa entri kak long hari ni lain macam sikit.. bila teringatkan kisah lama, hati ni sakit balik.. ada pepatah berbunyi.."you can forgive but you can never forget"..tulah masalah kak long sekarang ni..tak boleh nak lupa... manusia memang tak lepas dari masalah dan ujian hidup.........

Thursday, December 3, 2009

Layan Jannah jap........

Tengah layan Jannah tengok "Mermaid" kat youtube.. tak boleh nak update blog lagi... kalo alih kejap dia kata "mommy, it my turn"...............budak zaman sekarang ni...haih............

Jap lagilah kak long update........................

Tuesday, December 1, 2009

Raya dan Black Friday part 2


Assalamualaikum...

Haa...semalam dah cerita pasal raya dan Black Friday...hari ni memang nak sambung pasal raya tapi memang dah tak de cerita dan aktitviti lain selain dari itu je... yang kak long nak sambungnya cuma gambar raya saje... hehehehe

Oh ye, hari tu kak long tepon Me Sau dan Kau Sau.. memula kak long tepon tu, Faridah yang jawab..katanya dia tengah kerja... dia bagi # tepon maknya..masa kak long tepon, Kau Sau yang angkat..mula tu kak long ingatka dia kenal suara kak long tapi lepas dia tanya "hari ni tak niaga ke?" baru kak long faham dia ingat kak ngah yang tepon dia.. suara kak long & kak ngah ni sama ke??? hahaha... sembang dengan dia lebih kurang 10 minit sebab dia tengah berniaga masa tu jadi kak long tepon balik malamnya...wah..Me Sau petah benor cakap Melayu..siap dengan bahasa bakunya lagi haaa..bukan macam kita ni.. cakap melayu pasar jer.. kalah kita ni kat Me Sau tau.. masa sembang tu, Kau Sau dengan Taufik pergi kenduri Tahlil jiran, Faridah belum balik kerja lagi.. macam2 kami sembang yelah dah lama tak cakap...

Lepas tu sembang kejap dengan Taufik.. terkejut kak long dengar suaranya.. dah pecah suara jugak dia ni.. macam korang jugak.. tak sangka dia dah 14 tahun dah. . kak long tanya dia ingat tak kak long ni, dia kata tak ingat.. mana nak ingatnya sebab masa kak long datang US ni, dia baru umur 3 tahun.. kecik lagi. Kau Sau kata dia ni tinggi macam korang jugak.. dulu masa dia kecik, tembammmmm jugak dia ni.. kak long ada lagi gambar masa raya dulu..tangkap ngan Me Sau dukung si Taufik ni... korang kalo balik kampung tu, ajaklah Taufik ni keluar jalan2.. kita ni cuma ada dia dan Faridah je sepupu dari belah mak..yang kita tahulah..yang tak kenalnya ramai kat Vietnam sana tu...dia tu macam adik korang jugak.. mungkin dia segan nak sembang atau tegur, jadi koranglah mulakan dulu..lagipun dia tu dok dekat je ha dengan rumah ayah.. kak long pun dah bagi website ni kepada dia.. harap2 dia jengok blog kak long ni dan bolehlah rapatkan hubungan dengan dia...

Oklah, kita sambung tengok gambar masa raya hari tu eh..


Ni gambar anak2 kak long dan sepupu dia Sabria..anak Nafisah. Dia ni asal cuti je nak tidor rumah kak long sebab dia sunyi kat rumah. Adik dia kecik lagi tak de sapa dia nak main..lagipun dia ni suka kat Safiah..memang ngam..



Haa Zul, nak tengok sangat kak long eh.. ni dia... kak long rasa lah kan..makin kak long berumur, kak long makin macam arwah mak je...


Ni gambar2 Jannah masa kat mall...




Ni plak dengan sepupu dorang, Sabria, Atikah dan Anisa(anak Saynah-adik kedua abg long) dalam Aeropostal store..


Sekian dulu..bye!!!