SELAMAT HARI RAYA ADILIFITRI...
Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Dah dekat seminggu jugak K.long tak update blog ni.. dengan bulan puasa dan pregnancy memang tak idea nak tulis...
Lagi 3 hari (kat malaysia 2 hari) aje lagi kita akan menyambut hari raya..rasanyer cepat sangat masa berlalu kan? K.long teringin sangat nak raya kat malaysia dengan korang semua tambah2 ayah raya kat Vietnam lagi tahun ni (3 tahun berturut-turut)..rasa kecewa ngan ayah memanglah, mesti korang terasa lebih dari k.long sebab korang kat malaysia. K.long dah merasa raya tanpa keluarga disini selama 12 tahun...walaupun begitu, k.long tetap tak biasa dengan keaadan ni..tetap sedih & tetap menangis di pagi raya..
Yelah, tak dapat bermaaf-maafan dipagi raya dengan keluarga(bila bersembang dlm telefon masa raya, k.long dengar riuh rendah kat sana sedih sangat k.long sebab tak dapat nak join sekali), bergambar sama-sama, ziarah menziarahi dan yg paling sedih tak dapat ziarah kubur mak dipagi raya... InsyAllah, ada rezeki k.long pasti raya di malaysia satu hari nanti (doakan K.long ye).
Sempena hari mulia dan bulan mulia ini, k.long dan seisi keluarga ingin memohon maaf sekiranya kami ada tersalah kata atau ada yang tersinggung hati ngan kami selama kami berada di Malaysia... setiap manusia pasti ada kelemahan dan mungkin k.long ada buat salah ngan korang semua... bukan nak tunggu hari raya baru nak mohon maaf, hari-hari kita boleh minta maaf tapi kekadang tu kita lupa...
Rasanya setakat ini dulu coretan k.long... k.long doakan semoga korang semua selamat sampai dan selamat balik dan bergembira di Hari Raya..

0 comments:
Post a Comment