Thursday, October 14, 2010

Urinary Track Infection (UTI) ataupun kencing kotor

Assalamualaikum..

Tengah hari tadi k.long dapat  panggilan daripada OBGYN ... doktor kata k.long dapat urinary track infection (UTI) ataupun kencing kotor... tak taulah macam mana k.long boleh dapat jangkitan ni..tak sedar pun simptom2 dia melainkan kerap buang air kecil tapi itu kan biasa utk perempuan mengandung...

K.long pergi jumpa OBGYN minggu lepas, dia check air kencing, check tekanan darah & sebagainyer.. lepas tu dia suruh k.long pergi ke hospital ambik darah utk ujian & air kencing lagi.. nasib baik hospital tu sebelah je, jadi lepas appointment tu k.long terus ke hospital.. masa pergi ambik darah tu, dia tanya k.long pitam ke tidak masa ambik darah atau takut darah ke? kalo abg long iyelah kot tapi k.long ok je.. patutlah nurse tu tanya k.long sebab dia nak ambik darah k.long sampai 8 tube !!!!! Agaknyer dia baru dapat result tu yg doktor call hari ni.. dia bagi antibiotik dulu jadi harap2 semuanyer ok..

berbalik pada kencing kotor ni, k.long ada nak share information sikit dengan korang supaya lebih berjaga2 tambah2 Syila & Ayu mengandung..

Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana tekanan yang berlaku pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar.Akibatnya kencing tidak dapat keluar dengan sempurna menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.Sesetengah wanita tidak merasa apa-apa jika masalah ini berlaku tetapi sesetengah pula mungkin menghadapu tanda-tanda seperti :

Rasa berdenyut atau sakit di kawasan ari-air
Kerap membuang air kecil
Kencing yang berwarna keruh atau berdarah
Rasa sakit setiap kali buang air kecil
Tidak boleh menahan diri dari membuang air kecil.
Jadi adakah ia mmeberi kesan pada bayi? Jika kuman telah membiak dan merebak naik dari pundi kencing ke ginjal atau buah pinggang, jangkitan ini boleh menjadilebih serius. Ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada bayi.

Bayi anda mungkin mengalami masalah berat bdan yang kurang atau bayi ringan dan juga bayi yang pramatang ketika di lahirkan.Sebagai tambahan juga doktor ada menasihati selain dari antibiotik, agar banyakkan minum air putih bagi ibu mengandung yang mengalami ‘kencing kotor’. Punca juga boleh disebabkan kekurangan pengambilan air putih oleh ibu setiap hari. kencing kotor atau UTI juga boleh menyebabkan bayi dalam kandungan terdedah kepada jangkitan kuman-GBS Group B.ia merupakan jangkitan kuman dalam darah @ sepsis…dan jika tidak di sedari bayi berisiko menghidap pnumonia kronik dan menigitis. Bayi boleh meninggal jika kita tidak mendapat rawatan dengan segera...

Pesanan pada diri sendiri & semua yg mengandung... minum air banyak2 !!!

Ni dia 8 tube yg k.long kena bagi darah kat dorang.. seksa tak??

1 comments:

Anonymous said...

Thanks :)
--
http://www.miriadafilms.ru/ купить кино
для сайта salamdarijauh.blogspot.com