Thursday, December 9, 2010

Hai...



Assalamualaikum...

Dah dekat sebulan k.long tak update blog ni.. memang k.long tak de mood nak update.. tak tau nak cerita apa sebenarnyer.. kat sini sekarang ni musim sejuk dan Alhamdulillah tak de salji turun lagi tapi sejuknyer sampai ke tulang... kat tempat lain semua dah ada salji sampai ke lutut dah.. tak pe, mintak2 semua salji terbang ke tempat lain jelah...

Hmm..apa lagi nak cerita yer.. Safiah sibuk ngan sekolah dia.. tahun ni banyak plak project sekolah dia. Alhamdulillah setakat ni dia dapat Honor Roll penggal pertama.. ayah dia selalu pesan kat dia belajar rajin2..bila dia naik sekolah menengah esok kalo gred dia bagus ayah dia belikan kereta (kat sini umur 16 tahun dah boleh ambik lesen dah) tapi tak mungkinlah k.long nak bagi dia bawak kereta awal sangat..korang tau dia tanya apa??? Dia tanya ayah dia kereta jenis BMW tu mahal tak??? Tergelak ayah dia dengar.. mak bapak dia pun tak de chance lagi nak naik kereta BMW dia dah pasang angan nak naik.. dulu dia minat kereta volvo yg jenis 2 pintu tu (sejak dia tengok cerita Twilight yg hero dia pandu kereta volvo tu).. amboi kemain lagi dia nak kereta yg canggih aje.. 

Hazim pun sibuk gak ngan kerja sekolah dia.. tahun ni dia pun dapat Honor Roll.. bukan main seronok dia bawak balik sijil tu... tahun lepas gred 3 tak de lagi  jadi dia jeleslah bila k.long dia bawak balik sijil tu.. sekarang ni bukan main menunjuk lagi.. perangai suka bersepahnyer masih lagi tak berubah.. balik sekolah baju sejuk kemana, stoking kemana bag sekolah campak entah kemana... haih tak taulah bila dia ni nak berubah sikit..

Hmmm.. Jannah macam biasalah dengan mulutnyer yg tak berhenti2 bercakap... tiap2 hari ada je yg dia nak bualkan..bila k.long dah penat layan dia, dia pergi plak duduk bersembang ngan ayah dia.. cerita pasal sekolah dia, kawan dia & mcm2 lagi tapi sekolahnyer belum pergi lagi.. kekawannyer byk yg dlm tv..hehehe  layan jelah.. sehari kalo tak sebut nama korang semua tak sah... bila nampak jer warna ungu mesti ingatkan mak ngah dia... kekadang tu dia plak yg suruh k.long tepon mak ngah dia, pak wan dia, pak teh, pak su & pak the dia... tanya pak wan & pak the dah ada baby ke belum? perempuan ke lelaki, nama apa... naik letih layan dia ni..sayang jugak dia ni ke adik dia, asyik dtg cium perut k.long aje.. sekarang ni dah confirmlah nama adik dia Aqeelah..memula sekali dia nak panggil Jannah junior..tapi tak boleh sebab dia kata nama junior tu utk lelaki je.. tukar ke Atilia lepas tu last2 nak Aqeelah plak.. mana dia dapat nama2 ni jgn tanya k.long...

Abang long macam biasa..tak leh tidor malam sebab tak sabar nak terbang ke Vietnam & Malaysia lepas k.long bersalin nanti.. itulah dia, kalo nak buat sesuatu mesti nak cepat2..tak leh sabar.

Terima kasih kepada semua sebab susah payah hantar barang ke k.long... Abidah, set cawan tu cantik & thanks for the teh... abg long minum teh tarik hari2.. pagi petang siang malam asyik mintak teh tarik dia.. teh yg zul bagi hari tu dah nak habis dah... sayangnyer kek lapis tu dah berkulat.. melepaslah k.long nak makan.. kesian Jannah beria2 suruh k.long potong... lain kalilah nak merasa...
Doakan k.long murah rezeki bolehlah balik lagi.. tapi bila balik lagi korang kena ambik cuti siap2 bolehlah kita adik beradik cuti sama2... balik nanti takkan sama dengan yg lepas.. k.long dah belajar dari pengalaman..taulah k.long nak buat camna..

Jaga diri elok2 semua...





0 comments: