Friday, December 31, 2010

Tahun baru...

Assalamualaikum...

Dah lama sangat k.long tak update blog ni kan? teruk..teruk..sangatlah teruk. Sebenarnyer tak de apa k.long nak tulis pun kat sini..alih2 dengan cerita anak2 k.long. Alhamdulillah, family k.long semua sihat sejahtera. Kandungan k.long pun okay jugak. Kalo tak silap k.long dah masuk minggu yang ke-25. Sebulan sekali k.long pergi jumpa obgyn.. bila masuk bulan yg ke 7 atau 8 baru jumpa obgyn 2 minggu sekali, lepas tu bila dekat nak bersalin kena buat appointment seminggu sekali. 2 Minggu lagi baru kena minum air gula.... tak pe, k.long suka manis..hehehe

Pregnant kali ni k.long tak letih macam masa mengandungkan Hazim & Jannah dulu sebab sekarang k.long tak de masalah kurang tidor (walaupun kekadang tu memang susah nak lelapkan mata ni waktu malam) tapi k.long boleh tidor lepas zohor.. dan sekarang ada Safiah tolong buat kerja2 rumah. K.long kena masak aje, dia yg basuh pinggan, basuh & lipat baju dan kekadang tu suruh Hazim tolong vacuum rumah.. Alhamdulillah senang sikit k.long. Yang lainnyer kali ni mungkin sebab k.long dah berumur kot.. badan k.long dah tak kuat macam dulu tu.... badan k.long dah naik dah..2 minggu lepas pergi timbang 125 lbs kalo tak silap bersamaan 56 kg,entah2 sekarang ni dah naik 60kg dah...memang tak berhenti-hentilah mulut k.long ni menguyah. Asyik nak makan aje.. perut dah kenyang tapi mulut ni sedap lagi nak menguyah.... tengah malam masih lagi makan masuk waktu subuh dah lapar balik...nak buat camna orang kata makan utk 2 org kan... makanan favourite k.long ialah kuih.. semua jenis kuih k.long nak makan.. kebanyakannya kuih yg manis. Alhamdulillah, baby sihat aje.. tendang pun kuat2.. mintak2 Allah permudahkan semua urusan bila time bersalin nanti.

Anak2 k.long dah cuti dekat 2 minggu dah..Isnin ni masuk sekolah balik. Cuti ni tak bawak dorang kemana-mana pun sebab cuaca yg sejuk jadi k.long pun malas nak keluar. Bila perlu saje baru keluar sekejap. Safiah dah boring kat rumah, tak sabar dia nak masuk sekolah balik. Si Hazim plak tak kisah asalkan dia tak pergi sekolah cukuplah.. dok rumah main Wii game ngan si Jannah. Alhamdulillah, tahun ni area k.long tak de snow sangat, tak macam tahun lepas salji turun sampai takat pinggang... 2 kali je salji turun itu pun sikit sesangat...tak sampai setengah hari, salji dah cair dah...itupun si Hazim & Jannah tak lepaskan peluang nak main kat luar. Dorang asyik tanya aje bila salji nak turun, yang kita ni plak tak nak salji turun. Tapi kat area New York & beberapa tempat lain memang teruklah.. ramai penumpang terkandas kat JFK airport sampai kena tidor situ. Nasib baiklah abang long tak jadi pergi masa winter ni..kalo tak dia pon kena tidor kat airport tu. Kat area California tempat mertua k.long plak hujan tak henti-henti sampai lumpur masuk rumah..memang teruklah cuaca tahun ni.... Tapi apa2 pun k.long sangat bersyukur sebab area k.long tak de yg teruk berbanding tempat lain. 

Azam tahun baru k.long... k.long berdoa agar Allah tetapkan iman, kuatkan iman dan tingkatkan iman k.long daripada tahun lepas, k.long nak belajar ilmu agama lebih banyak dari tahun lepas dan takutkan akhirat lebih dari tahun sebelumnyer..Amin......

K.long harap adik2 k.long jugak mempunyai azam yg sama sebab dunia ni takkan kekal.. dan selalulah ingat akan mati... k.long takut tak sempat perbanyakkan amal sebelum k.long pergi..mana tahu tahun ni mungkin tahun terakhir k.long hidup didunia ni kan... hanya Allah saja yg tahu. K.long dah fikir banyak kali... amal k.long tak banyak mana pun, itupun bertuah kalo k.long ada amal yg mungkin sebesar zarah aje.. dan k.long jugak asyik fikirkan tentang ayah... mungkin apa yg k.long luahkan pada ayah membuatkan ayah terasa hati dengan k.long. Memang dulu k.long marah, kecewa dan sangat terasa hati dengan ayah tapi bila k.long fikirkan balik, k.long jugak bersalah. K.long kena letakkan diri k.long ditempat ayah, mungkin kita tak tahu apa yg tersirat dihati ayah hanya Allah saje yg tahu. Kita hanya melihat dan judge dari pandangan kasar. Setelah lama dan fikir masak2. k.long tak mau lagi ambik tahu, mengkritik perangai ayah dan buruk sangka tentang isteri ayah, biarlah ayah dengan kehidupan ayah dengan keluarga baru dia dan k.long harus hormati ayah dan menjadi seorang anak yg baik utk ayah. Kalo ada apa2 yg tak baik & kita rasa tak diperlakukan adil kita berserah saje dengan Allah... itu yg sebaik-baiknyer.  Lagipun k.long selalu teringat bagaimana susahnyer ayah & mak besarkan kita. Ayah kerja keras utk menanggung kita sekeluarga. Disebabkan ayah & mak "berhijrah" ke Malaysia, Alhamdulillah kita ada kehidupan yg jauh lebih baik dari tempat asal kita. K.long tak boleh lupa pengorbanan tu walaupun pada pandangan k.long ayah sudah jauh berubah....

Akhir sekali, k.long doakan agar Allah memudahkan semua urusan, memberi petunjuk dan hidayah dan mengurniakan rezeki kepada semua. Jaga diri baik2.... wasalam

Friday, December 10, 2010

Salji turun dah...

Assalamualaikum...

Hari ni salji turun tapi tak lebat.. sikit aje sekadar nak putihkan jalan aje gamaknyer tapi Jannah tak lepaskan peluang nak keluar main salji. Rindu sangat kat salji agaknyer.

Lepas sembahyang Isyak tadi abang long bawak budak2 pergi beli buku kat Barnes & Noble jadi tinggal k.long sorang kat rumah.. tak pernah pun k.long dok rumah sesorang. Biasa kalo pergi memana family k.long pergi sama2. Rasa sunyi sangat rumah ni kalo tak de bebudak tu... k.long malas nak pergi sebab sejuk sangat lagi pun k.long nak masak ban sung.. semalam buat hamburger, pagi tadi buat taco utk Safiah & Hazim..

Kat sini biasa k.long makan malam pukul 5:30 petang lepas Maghrib.. yelah makan awal sikit sebab waktu pun dah bertukar..pukul 5 petang dah rasa macam pukul 8 malam... tapi yg tak bestnyer, lepas makan malam tu, pukul 9 memasing dah lapar balik.. jadi  k.long kena masak 2 kali... kelmarin k.long bakar hot dong makan ngan roti bun.. habis satu kotak hot dog (semuanyer ada 16 btg satu kotak) haa... bayangkanlah macam mana laparnyer family k.long ni... haih, musim sejuk ni bertambah penat k.long nak melayan makan minum dorang ni... nak buat camna, k.long ni pun tengah malam lapar lagi.. asyik nak makan aje....

Tu je nak tulis kat blog hari ni... InsyaAllah esok kalo ada cerita lagi k.long update lagi...

Thursday, December 9, 2010

Hai...



Assalamualaikum...

Dah dekat sebulan k.long tak update blog ni.. memang k.long tak de mood nak update.. tak tau nak cerita apa sebenarnyer.. kat sini sekarang ni musim sejuk dan Alhamdulillah tak de salji turun lagi tapi sejuknyer sampai ke tulang... kat tempat lain semua dah ada salji sampai ke lutut dah.. tak pe, mintak2 semua salji terbang ke tempat lain jelah...

Hmm..apa lagi nak cerita yer.. Safiah sibuk ngan sekolah dia.. tahun ni banyak plak project sekolah dia. Alhamdulillah setakat ni dia dapat Honor Roll penggal pertama.. ayah dia selalu pesan kat dia belajar rajin2..bila dia naik sekolah menengah esok kalo gred dia bagus ayah dia belikan kereta (kat sini umur 16 tahun dah boleh ambik lesen dah) tapi tak mungkinlah k.long nak bagi dia bawak kereta awal sangat..korang tau dia tanya apa??? Dia tanya ayah dia kereta jenis BMW tu mahal tak??? Tergelak ayah dia dengar.. mak bapak dia pun tak de chance lagi nak naik kereta BMW dia dah pasang angan nak naik.. dulu dia minat kereta volvo yg jenis 2 pintu tu (sejak dia tengok cerita Twilight yg hero dia pandu kereta volvo tu).. amboi kemain lagi dia nak kereta yg canggih aje.. 

Hazim pun sibuk gak ngan kerja sekolah dia.. tahun ni dia pun dapat Honor Roll.. bukan main seronok dia bawak balik sijil tu... tahun lepas gred 3 tak de lagi  jadi dia jeleslah bila k.long dia bawak balik sijil tu.. sekarang ni bukan main menunjuk lagi.. perangai suka bersepahnyer masih lagi tak berubah.. balik sekolah baju sejuk kemana, stoking kemana bag sekolah campak entah kemana... haih tak taulah bila dia ni nak berubah sikit..

Hmmm.. Jannah macam biasalah dengan mulutnyer yg tak berhenti2 bercakap... tiap2 hari ada je yg dia nak bualkan..bila k.long dah penat layan dia, dia pergi plak duduk bersembang ngan ayah dia.. cerita pasal sekolah dia, kawan dia & mcm2 lagi tapi sekolahnyer belum pergi lagi.. kekawannyer byk yg dlm tv..hehehe  layan jelah.. sehari kalo tak sebut nama korang semua tak sah... bila nampak jer warna ungu mesti ingatkan mak ngah dia... kekadang tu dia plak yg suruh k.long tepon mak ngah dia, pak wan dia, pak teh, pak su & pak the dia... tanya pak wan & pak the dah ada baby ke belum? perempuan ke lelaki, nama apa... naik letih layan dia ni..sayang jugak dia ni ke adik dia, asyik dtg cium perut k.long aje.. sekarang ni dah confirmlah nama adik dia Aqeelah..memula sekali dia nak panggil Jannah junior..tapi tak boleh sebab dia kata nama junior tu utk lelaki je.. tukar ke Atilia lepas tu last2 nak Aqeelah plak.. mana dia dapat nama2 ni jgn tanya k.long...

Abang long macam biasa..tak leh tidor malam sebab tak sabar nak terbang ke Vietnam & Malaysia lepas k.long bersalin nanti.. itulah dia, kalo nak buat sesuatu mesti nak cepat2..tak leh sabar.

Terima kasih kepada semua sebab susah payah hantar barang ke k.long... Abidah, set cawan tu cantik & thanks for the teh... abg long minum teh tarik hari2.. pagi petang siang malam asyik mintak teh tarik dia.. teh yg zul bagi hari tu dah nak habis dah... sayangnyer kek lapis tu dah berkulat.. melepaslah k.long nak makan.. kesian Jannah beria2 suruh k.long potong... lain kalilah nak merasa...
Doakan k.long murah rezeki bolehlah balik lagi.. tapi bila balik lagi korang kena ambik cuti siap2 bolehlah kita adik beradik cuti sama2... balik nanti takkan sama dengan yg lepas.. k.long dah belajar dari pengalaman..taulah k.long nak buat camna..

Jaga diri elok2 semua...