Assalamualaikum...
Isnin lepas kami pergi ke beli barang2 dapur kat Kims' Store (kedai runcit vietnam).. k.long nak stock susu pekat sebab family k.long selalu guna susu pekat nak buat air milo, kopi & teh tarik utk abg long..lepas tu belilah sikit2 sayur dan bihun.. sampai kat kaunter nak bayar, si Jannah ni nampak buah mata kucing.. dia cakap dia makan buah ni kat Malaysia jadi dia nak beli.. 1lb tu adalah dalam $5 lebih gitu.. jadi k.long belek2 lepas tu letak balik kat tempat asal sebab tengah fikir dulu nak beli ke tak sebab mahal... si Jannah dengan dengan selambanyer tolak buah tu ke barang2 yg k.long nak bayar.. jadi belilah k.long buah mata kucing tu utk dia.. satu bag tu je kos $10 lebih, tak sampai 1 kilo pun kalo nak dikira kg..nasib baik buahnyer manis, tak le rugi duit...lepas tu dia nampak plak buah durian.. dia cakap buah ni pun ada kat malaysia.. k.long dah agak dia nak beli tapi k.long cakap lain kali aje... pelik.. sebelum pergi ke Malaysia tak plak dia makan buah durian ni tapi kat Malaysia bukan main sedap lagi dia makan...
Sekarang ni barang2 semua naik harga.. kalo dulu k.long boleh beli satu bakul penuh brg dapur cuma kos $20-$30 sahaja tapi sekarang ni tak sampai separuh bakul dapat... mahal gile! Hari ni dapat bil elektrik, nak tau berapa kos bulan ni??? $439!!!!! Bulan lepas $228.. beginilah bila time musim sejuk..bil elektrik melambung 2-3 kali ganda.. nak buat camna dah sejuk kenalah bukak heater... semua currency dlm blog k.long ialah dalam USD yer.... budget tahun ni kena potonglah bil mana2 yg tak perlu dan jugak kena jimat cermat.. tak tau tahun ni macam mana lagi ekonominyer.. duit US sekarang dah turun..duit Malaysia plak naik....bilalah duit US ni nak stabil balik macam dulu????
0 comments:
Post a Comment