Assalamualaikum...
Hari ni k.long pergi jumpa OBGYN, sepatutnya appointment k.long hari Isnin tapi kena cancel sebab cuaca yg tak baik.. salji yg kemudiannya tukar jadi ais sebab hujan & cuaca terlalu sejuk..
Alhamdulillah, keaadan baby baik dan k.long naik kilo lagi.. 2 minggu lepas berat k.long 132 lbs hari ni naik ke 137 lbs= 62 kg.. dah bulat dah muka k.long...cuma ada masalah dengan thyroid je, 15hb ni kena jumpa specialist, harap2 semuanya ok..
K.long dah nak masuk 31 minggu..InsyaAllah tinggal lagi 7-9 minggu lagi k.long akan bersalin. Hazim lahir masa minggu yang ke 39 dan Jannah plak minggu yg ke 38.. masing2 awal seminggu dari due date.. kali ni mungkin awal seminggu jugak...
Syila, kalo kaki dah bengkak maknanya dah nak dekat dah tu... tapi k.long perasan yg kaki atau badan k.long tak bengkak pun sampailah bersalin... tapi ada orang yg memang bengkak kaki dan badan..k.long doakan semoga Syila & Ayu selamat bersalin dan dipermudahkan Allah segala urusan...bukan mudah untuk mengandung dan bersalin... hanya orang yang melaluinya saja yang faham jadi Zul & Hafiz tu kena bagi sepenuh sokongan dan perhatian kepada isteri ye... hargai perngorbanan isteri masing2....
Lepas jumpa obgyn, kami pergi beli barang dapur..Jannah nampak durian kat bakul tu mintak nak beli.. hmmm, dulu dia mintak buah mata kucing hari ni dia mintak durian plak.. dah pandai makan buah-buahan tempatan dah si Jannah ni sejak balik dari Malaysia... k.long nampak buah ciku ada jual kat kedai tu tapi buah ciku tu dah kecut..tak semangat nak beli & dah tak de selera nak makan..
2 comments:
wah,dh pandai ye jannah mkn buah2 an tempatan..kt cni dh start musim durian,tp sill mahal lg..main tmbang kilo..sbb tak bnyk lg buah nye..klu dh bnyk,main lelong jer...sejak dtg malaysia ari tu,dh pndai plk mkn buah durian,dlu complain busuk la,bau la...laaa ni bla blk sana,dh plk t'ingin mkn...meh la blk dok mlaysia,mcm2 adaaa....
Abidah, memang dulu dia tak suka buah durian tapi sejak ayah beli durian & bagi dia rasa, dia dah jatuh hati ngan buah durian tu cuma Hazim sorang je yg tak suka.. masa kat sana dia makan byk buah durian, mata kucing, nangka, rambutan dan pelam.. sejak balik US ni, dia dah makan buah mata kucing & durian.. tak jumpa buah rambutan lagi tu...
Post a Comment