Friday, February 18, 2011

Trip semalam

Assalamualaikum...

Sorry lama tak update... bukan apa, kekadang tu tak tau nak update pasal apa satu lagi perut makin besar makin malas plak rasanya...

Update pasal pregnancy k.long, Alhamdulillah semuanya ok je.. hari Selasa pergi jumpa specialist pasal Thyroid k.long.. dia suruh ambik darah lagi sebab nak tahu thyroid k.long turun atau tidak. Semalam doktor tepon masa k.long kat Virginia, katanya thyroid k.long masih lagi tinggi tapi tak membahayakan baby..so dorang just monitor je..4 minggu lagi baru pergi jumpa dia lagi sekali. Isnin ni plak, ada appointment ngan OBGYN... tak sabar rasanya bersalin.. badan dah berat sangat. Semalam pergi Virginia, balik tu pinggang dah sakit2 & perut pun sakit jugak sebab duduk dlm kereta terlalu lama kot...lepas ni tak leh pergi jalan jauh2 lagi dah..dah tak larat..
Alhamdulillah, semalam Zul & Syila call..terima kasih ye sebab call tanya khabar k.long sekeluarga kat sini.....lepas sembang kami bersiap2 nak pergi ke Virginia. Bertolak dari rumah pukul 10 pagi.. sampai Virginia dah nak pukul 1 tengah  hari. Memula singgah Halal Store utk sembahyang Zohor & beli barang. K.long beli ayam yg dah diperap ngan rempah (abg long suka sangat ayam ni), beli dalam 6 pack sebab bukan selalu datang pun, kat tempat k.long tak de ayam rempah ni. Lepas tu beli beras basmati (beli 1 percuma 1..good deal) utk siap sedia buat akikah nanti sebab k.long cadang nak buat nasi minyak kambing & nasi minyak ayam..

Lepas dah beli apa yg patut kat kedai Halal tu, kami pergi plak ke Vietnamese plaza..abg long order coffee bubble, Safiah order Manggo smootie bubble, Hazim & Jannah order Thai tea bubble (jannah dah pandai order minuman dia sendiri, dulu share je) dan k.long plak tak leh order minuman favourite k.long (coffee bubble) jadi k.long order air tebu je..

Kemudian kami pergi ke Korean Store utk beli ikan salmon..kedai korean ni harga barang dia semua murah2. Sayur & buah-buahannya 2x lebih murah dari tempat k.long...k.long order 2 ekor  yg harganya cuma $54 saje..kira murah dari tempat k.long..dulu abg long order seekor je pun dah dekat $50.. bulan 4 ni mertua k.long datang jadi bolehlah saji dorang ngan ikan salmon ni sebab kat California ikan ni mahal...k.long beli buah-buahan, abg long cari plak pau inti custard beli 3 bungkus (boleh panas dlm microwave tengah malam bila dia lapar), & k.long beli korean pancake selepas makcik korea tu bagi taste..sedap...nak beli ikan bilis tapi mahal dah sekarang ni.. satu bag dah harga $10, lain kali jelah..budak2 ni kalo dtg ke korean store ni mesti nak beli vitagen jus.. kat tempat k.long ni mahal.

Dah siap semua beli barang, kami pergi makan kat Mandarin Chinese Halal Restaurant.. tak pernah datang lagi ke restaurant ni, adik ipar k.long bagi alamatnya jadi nak cuba..kalo tidak asyik2 makan kat Amina Thai je.. memang susah nak cari halal restaurant kat sini..kalo jumpa tu teramatlah seronok sebab boleh cuba makanan baru.. kat Virginia ni boleh dikatakan byk jugak halal restaurantnya tak macam kat tempat k.long.. baru bukak beberapa bulan dah tutup tak tau kenapa.. so, k.long order beef fried rice, beef lo mein, beef & brocoli & seafood soup..boleh tahan makanannya dan harga pun tak mahal macam kat Amina Thai..

Last sekali, lepas makan singgah sembahyang Maghrib di Darul Huda Masjid..masjid yg kebanyakannya orang Pakistan..ada sekolah ajar budak2 mengaji, kalo k.long tinggal dekat ngan tempat ni k.long pun nak hantar anak2 k.long belajar kat sini... semalam cuaca sangatlah baik sampai Jannah pakai t-shirt tanpa baju sejuk dia.. hmmm, baru bulan 2 dah rasa macam bulan bunga dah... tapi ramalan kata minggu de[an ni sejuk balik.. Ya Allah, cepatlah bulan 4 sebab bill elektrik utk bulan lepas $395... tak tahan dah nak bayar tiap2 bulan kalo camni...

Disebabkan k.long takleh nak post gambar dlm blog ni, k.long suruh Safiah postkan gambar2 kat blog dia.. jadi sila klik kat sini kalo nak tengok gambar  kami....

0 comments: