Assalamualaikum...
Waktu subuh adalah waktu yang paling nyenyak kita tidor... kekadang tu azan pun tak dengarkan? Bangun2 matahari dah terpacak dah kat atas kepala... terlepas kita utk sembahyang subuh.. k.long dulu pun sama jugak..memang liat sangat nak bangun subuh walaupun alarm tepi telinga tapi memang susah nak bangun.. badan dan mata rasa berat yang amat dan malas nak pergi ambil wudhu tambah2 lagi kalo musim sejuk...
K.long ada dengar ceramah dan petua utk kita bangun solat subuh atau waktu pagi tanpa sebarang masalah ialah dengan mengamalkan zikir.. subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akhbar 34x dibaca sebelum kita tidur... Alhamdulillah memang berkesan sejak k.long amalkan zikir ni.. tak susah lagi nak bangun solat subuh.. mata k.long segar bugar bila bangun pada waktu subuh.. korang pun cubalah amalkan zikir ni.. zikir ni juga bukan sekadar membantu kita utk bangun pagi dengan badan dan otak yang cergas, malah memudahkan semua urusan kita pada hari tu InsyaAllah.. zikir ni juga akan menambahkan berat di timbangan kita di akhirat kelak...
Lepas sembahyang fardhu, amalkan zikir ni & tambah dengan zikir Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul Mulku walahul Hamdu, yuhyiy wayuumiit, wahuwa 'ala kulli syay-in qadiir. (Tiada Tuhan selain Allah Maha Tunggal tanpa bersekutu, MilikNya Kerajaan alam, dan BagiNya Pujian Mulia, Dia Menghidupkan dan Mematikan, dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu)..
bayangkan Allah akan melipat gandakan pahala zikir kita dengan 10x.. kalo kita baca zikir ni selepas tiap2 solat fardhu, subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akhbar 34x bersamaan dengan 100x utk satu solat fardhu... kita sembahyang 5x sehari..100x5= 500.. 500x10=5000..sehari kita boleh dapat 5000 pahala dengan hanya berzikir................. mana nak cari pahala banyak tu kan????
Jadi cubalah amalkan zikir ni... tak semestinya kita hanya boleh berzikir selepas solat saja tapi bila2 masa dan tempat...
Bacaan ini Riwayat Sahih Bukhari bahwa Rasul صلى الله عليه وآله وسلم mengajarkan puterinya Sayyidah Fathimah Azzahra رضي الله عنها وأرضاها untuk mengamalkannya sebelum tidur, maka dia akan bangun dengan segar tanpa mengantuk. Guru Mulia mengajarkannya kepada kita, dan memang terbukti, orang yang sebelum tidur membacanya maka dia akan bangun dengan tubuh segar tanpa malas dan berat untuk bangun.
Wallahu A'lam............
0 comments:
Post a Comment