Sunday, March 27, 2011

Masih disini

Assalamualaikum..

Tahniah kepada Ayu & Syila yang dah selamat bersalin dan tahniah juga kepada Hafiz & Zul yang dah bergelar bapa...apa perasaan korang bila masing2 dah ada anak ni??? dan K.long pula masih lagi disini, belum ada tanda2 nak bersalin lagi walaupun perut semakin berat rasanya.. InsyaAllah seminggu dua lagi kot tapi k.long berdoa agar k.long bersalin selepas aktiviti pindah rumah nanti, minggu depan hari Rabu ni dah start pindah barang...tapi kita merancang Allah yang menentukan segalanya..

Safiah, Hazim & Jannah seronok dapat sepupu sebelah Malaysia..Jannah siap minta pergi ke Malaysia lagi untuk melawat sepupu2 baru dia... asyik tengok aje gambar Nor Elisya(betul ke eja ni) dan Rayyan.. geram dia kata..Safiah pun seronok sebab Rayyan lahir sama dengan tarikh hari lahir dia March 22...

K.long ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua sekiranya k.long ada menyinggung perasaan ataupun terasa dengan kata2 k.long.... sebagai manusia, semestinya ada buat salah apa yang penting kita kena saling ingat mengingati..
Doakan k.long selamat bersalin dan semoga dipermudahkan Allah segala urusan..

0 comments: