Apa khabar semua?? setelah hampir 4 bulan k.long tak update blog ni..Alhamdulillah, hari ni baru k.long ada kesempatan untuk update. Sibuk melayan Hidayah, kakak2 & abang dia jadi tak de free time nak update.
Apa k.long nak cerita kali ni ye?? Safiah dah 5 hari ganti puasa...tinggal lagi 2 hari je lagi. Hazim & Jannah plak ok je.. selalu mintak ayah dia bawak pergi berenang kat kolam dekat rumah. Jannah dah makin hitam jadinya sebab asyik berjemur je. Masuk bulan Puasa ni kena "puasa berenang" lah nampaknya dorang..Hidayah makin besar sekarang ni. Makin banyak menjerit, ketawa.. suka kalau orang ajak dia bersembang, mulalah dia menjerit suka hati. Panggil je nama dia, mesti tersenyum..cair hati ni bila tengok dia senyum. Kakak2 & abang dia sayang sangat kat Hidayah. Asyik berebut nak dukung je.
Bulan panas tahun ni lebih panas dari tahun lepas.. abang long kata lagi panas dari Malaysia... puasa tahun ni lebih panjanglah waktunya. Solat subuh pukul 4:30 buka puasa plak pukul 8:27. Semoga Allah permudahkan ibadah puasa buat kami kat sini..
So, tinggal beberapa hari je lagi dah nak masuk bulan Ramadan.. macam mana dengan persiapan utk mengerjakan ibadah puasa? dah ready ke? K.long berdoa agar Allah permudahkan korang semua berpuasa tahun ni, banyakkan bersabar dan kuat mengawal hawa nafsu masing2.. tambah2 nafsu makan tu ye.. maklumlah kat Malaysia berlambak makanan dijual kat bazar utk juadah berbuka..ha jadi belilah ala kadar aje.. jgn membazir. Kita kalau pergi beli belah masa perut lapar ni, memang tak bagus.. semua nak beli tapi bila makan, tak habis plak sebab terlalu banyak..
Kat bawah ni, k.long ada copy niat puasa & niat berbuka puasa..kalau ada yang tak ingat tu, hafalkan sebelum masuk puasa ni ye..
Niat puasa ramadhan :
Lafaz niat untuk sebulan puasa
“Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi hazihissanati lillahi taala.”
Sahaja aku puasa bulan Ramadan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Lafaz niat puasa (harian)
“Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”
Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Doa Berbuka Puasa
"Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin"
Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
Wasalam......
3 comments:
salam
Salam.. Siapa ni ye?
teringat mase pose kat hostel dulu2 :)
Post a Comment