Thursday, September 8, 2011

Nasihat lagi ...

Assalamualaikum...

Dah lama k.long nak tulis pasal ni tapi hati ni separuh nak separuh tak nak. Tapi hari ni k.long mesti luahkan apa yg tak puas dihati k.long. Entry kali ni khas utk adik lelaki k.long yg belum berumah tangga. Tau-tau jelah sapa yg dimaksudkan tu ye..

Korang ni masih muda ..umur pun orang kata setahun jagung, financial tak stabil lagi..nak tanggung diri sendiri pun tak lepas tapi masing2 dah gatal nak ada "makwe".. lelaki mesti nak ada makwe kan .. kalau tak de nanti malu ngan member-member kena ejek plak .. k.long tak kisah kalau korang ada makwe tapi tolonglah tahu apa yg halal & apa yg haram, apa yg senonoh & apa yg tak snonoh. Lagi satu pilih yang bersopan santun, lemah lembut, tahu menghormati orang tua, bertudung dan paling penting sekali ada ilmu agama sebab korang ni cetek ilmu agama.. kekadang solat pun tak cukup 5 waktu. Nak cari makwe yg muka je lawa tapi perangai 2x5 dengan korang buat apa? Korang bukannya pandai ilmu agama, macam mana nak tunjuk ajar anak isteri nanti?.. kita nak anak yg soleh/solehah  supaya boleh doakan kita bila mati esok.. sapa nak doakan kita bila anak2 tak tau satu apa pun pasal islam??? Tanggungjawab suami tu berat tau. Kalaulah isteri korang esok lusa tak bertudung, tak solat & tak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, dosa tu semua jatuh pada si suami yg tak pandai memberi bimbingan kepada isteri masing2.

Mungkin ada yang cakap, perempuan bertudung tu tak semestinya bagus. Nama je bertudung tapi hati busuk.. ok, kita ni manusia.. boleh ke kita menilai hati seseorang? Kalau hati dia busuk, itu antara dia dengan Allah ..yang penting dia ikut perintah Allah yang mewajibkan perempuan menutup aurat. Ada plak yang kata tunggu dapat hidayah.... ni yang pelik ni. Kalau kita tak berusaha, kuatkan semangat nak pakai tudung macam mana Allah nak bagi hidayah? Dok tunggu dapat hidayah tapi tak berusaha.. apa kes????


K.long tak berkenan langsung dengan trend orang muda yg bercouple sekarang ni...berkepit macam dah jadi suami isteri.. kalah orang yg dah berkahwin ni....kejap2 "b" sana, "yang" sini.. menyampah k.long. Lepas tu bawak balik rumah utk kenalkan pada family.. hello, korang belum ada hubungan yg sah lagi tau..bukan mahram!! Baru makwe pakwe yg entahkan berkekalan ke jinjang pelamin ke tidak, jangan nak ikut perangai orang putih yang nak bawak balik girlfriend masing2 kerumah... kalau dah betul-betul nak, suruh ayah masuk merisik lepas tu bertunang.  Lepas bertunang tu nak bawak balik sekali sekala tak pe.

K.long sayangkan korang semua sebab tu kena jugak cakap walaupun ada yang terasa. Setakat ini dulu... memang banyak lagi yang k.long nak luah tapi tak pe.. lain kali je.

2 comments:

Along^Nurul said...

bestnya klu dpat klong jdi kakak.. tegur if da silap.. :)

K.Long said...

Along N: tak semestinya kakak je yg boleh tegur.. adik2 pun boleh tegur kalo k.long ada buat salah.. baru adil kan?? kita sama2 ingat mengingati.. :)

Along pun anak sulung ke?