Thursday, November 3, 2011

Assalamualaikum..

Assalamualaikum...

K.long dah "reactivate" FB k.long.. harap2 kali ni k.long tak akan "ternampak" atau "terbaca" benda yg tak elok. Cara kita bercakap & penampilan kita mencerminkan personaliti kita. Jangan lupa yang paling
penting sekali, kita kena ingat agama kita.. kita seorang Islam.

Cuba buka mata dan minda kita, dunia ni dah terlalu "uzur". Bencana alam terjadi merata-rata dunia,
manusia bunuh sesama manusia. Nyawa manusia sekarang dah jadi terlalu murah, tak penting pun.
Kiamat akan berlaku bila-bila masa. Jadi bersiap sedialah kita. Jangan lupa sembahyang, yang tinggal puasa tu, kena ganti balik, banyakkan sedekah dan amal jariah... ini semua buat bekal kita diakhirat kelak.

yang perempuan tu jangan pakai ketat2, bertudung bukan sekadar tutup rambut tapi kena tutup bahagian dada, bermekap tu berpada-pada, jangan cukur kening.. kalau k.long nak sebut satu persatu, mesti panjang list dia.. pandai-pandailah kita fikir sendiri. yang lelaki tu senang aje, jaga solat, jaga pergaulan & percakapan dan banyak lagi.. kita takkan hidup selama-lamanya.. kita semua akan mati satu hari nanti... dunia ni syurga utk yg tidak beriman saja.. bagi orang yang beriman, dunia ni seperti penjara...

Semua dah besar panjang.. boleh fikir baik & buruk.. jaga akhlak. jaga makan minum kita..kalau makan benda yang haram maka hati kita akan jadi "hitam".. Jangan bagi syaitan menguasai diri kita...
Berubah menjadi seorang Islam yang baik.. dari mendengar muzik, dengar bacaan Al-Quran atau ceramah agama... dari tak sembahyang langsung, mulakan dengan sembahyang walaupun satu waktu sekali pun...
InsyaAllah, lama-lama kita akan terbiasa dengan amalan ni..

Mulakan dengar mendengar bacaan ni.. k.long suka dengar surah ni sebelum tidor..
Cari maklumat tentang bacaan surah Al-Mulk.. banyak faedahnya untuk kita..


3 comments:

Nursheila Mohd Salim said...

waalaikummussalam kak long =)
thanks bagi nasihat pade saya,selalu hal-hal macam ini saye selalu leka dan lalai.try untuk memperbaiki diri dan ambil nasihat kak long sebagai nasihat yang positif :) luv u kak long.

Kak Long said...

Terima kasih Syila kerana selalu positif bila k.long post tentang nasihat.. sama-sama kita berubah menjadi Muslimah yang baik.. InsyaAllah..

Nursheila Mohd Salim said...

sama-sama kak long :)zul pun tak pernah lupe nasihatkan saya.saya beruntung kerana masih ade orang2 yg saye sayang selalu mengingati dan menasihati saya.amin :)