Assalamualaikum...
Dah lama tak update tentang anak-anak, jadi upate kali ni nak bagitau perkembangan mereka.
Alhamdulillah, mereka semua sihat dan semakin membesar. Safiah sekarang dah semakin tinggi ( dah tinggi dari maknya), Hazim plak semakin berisi..selera makan dia makin tambah, Jannah seperti biasa banyak celoteh... ada-ada je subjek dia nak cakap & benda dia nak tanya dan Hidayah plak makin besar.. tup..tup dah dekat 9 bulan. lagi beberapa bulan genap setahun umur dia. Hidayah dah ada 2 gigi bawah & gigi atas pun dah nak tumbuh... dah boleh panggil "mak...mama.", mom (bila nak susu) dan suka menjerit. kalau sesapa jerit kat dia, dia jerit balik dengan lebih kuat... hahaha
2 minggu lepas, kami sekeluarga ke sekolah Jannah, kindergarden buat persembahan dan aktiviti sepetang dengan cikgu2 dan anak2. Bukan main seronok lagi bila semua ke sekolah & support dia. Sama macam k.long dulu jugak, bila ayah datang tengok k.long masa sukan & penyampaian hadiah..rasa seronok sangat!
Semangat untuk berlari (walaupun tak menang) berkobar-kobar dan rasa bangga bila ayah kita duduk didepan tengok kita dapat hadiah... sebab itulah, pentingnya ibubapa support anak2 dalam pelajaran supaya mereka lebih bersemangat utk belajar.
Cikgu Jannah datang jumpa k.long bagitau Jannah murid yang pertama dalam kelas dia dapat masuk ke kelab 100 sebab dia dah boleh bilang sampai 100.. senyum je dia bila dengar cikgu dia puji... Alhamdulillah.
Hazim plak dapat 2 Gold award sebab menunjukkan sikap yg positif dan selalu tolong di sekolah. Dia juga terpilih sebagai Student of the Month bulan lepas dan dapat masuk TV disekolah dia. Jannah plak dapat 1 Gold award bulan lepas.
Safiah plak selalu sibuk dengan homework. Setiap hari ada homework dan test...dia buat semua homework dia sendiri cuma sekali sekala je minta k.long tolong kalau dia ada projek atau kelas presentation. baru-baru ni, Safiah menyertai Science fair disekolah dia... tak sangka group dia dapat tempat kedua.. projek dorang tentang perubahan warna pada air bila dimasukkan sesuatu objek..
Gambar kat bawah ni masa kat science fair dia...
2 comments:
wahhh...tahniah untuk safiah & hazim :) nanti mak wan kirim present yaa hehehe. bestnya pameran sains sekolah safiah pastu dapat no.2 lak tue terornya.hidayah pun ada sama, makin bam bam dia. sampaikan peluk cium wat hidayah erk kak long :D
wah bagus nye ank2 buah mak ngah..congrate to u all...wish u all the best for the next time yea... :)
Post a Comment